Followers

Senyum Tak perlu Kata Apa-Apa

Tuesday, January 24, 2012 | 0 Comments

kini aku sudah mampu ukir senyuman di bibir munggil semunggil bibir angelina jolok.
kau boleh jalan aku heran sikit sbb hati aku mcm sialan kau kerjakan.


orang kata senyum itu sedekah. sedekah tanpa memberi duit.
korang kan kedekut tahi hidung masin kan jadi kalau senyum dekat orang lain rasanya tak luak apa pun.
senyum itu cover kita dari duka  yang ada dalam hati.
tak percaya? cuba terai.

abg selalu ajeret ajeret cun. alah. aku mengaku. kalau tak mengaku nanti terjun lombong pula.
okay iabg hensem. boleh jalan :D

banyak mana pun masalah yg kau hadapi, walaupun kau ada masalah sembelit yg tak mampu kau tahan, senyum lah selagi boleh.
sambil sambil teran berak di dalam jamban tu pun kalau boleh jangan kerut kepala. kerut sampai senyum itu tak apa.
aku bukan apa, aku rasa, makin kau senyum makin senang lah kau berak dengan lawas. ok geli tak lawak.

kalau lah hidup ni mudah. mesti semua manusia akan senyum.
senyum sangat pun tak boleh juga. nanti heboh semua kata manusia dalam dunia ni semuanya gila.
penuh wad tanjung rambutan.
senyum itu penawar duka :>


jadi secara konklusinya, 
aku masih mampu tersenyum sekarang. biar lah kita pernah di sakiti atau mengsakiti hati orang lain.
itu antara aku dan dia dan juga antara aku dan Allah aku.
aku buat dosa, kau juga buat dosa. aku ingin taubat.

manusia memang kejam. sakiti hati ini sampai kan susah sgt nak nampak kita tersenyum.
kalau ya pun senyum nya ada, kelihatan sangat lah payau seperti air sirap di kenduri kahwin.

cun kan aku 2007 :p

tahukah anda?
Farzuan&Yaslizah

ps : senyum selagi mampu. dan juga, tak salah rasanya kalau senior senyum pada junior.
tak jatuh maruah pun. renungkan ya.
dan lagi perasan tak semua gambar semua aku senyum. tak perlu lah ambil gambar buat muka menyangap tak tentu pasal konon muka nampak garang mcm ada fotogenik yg melampau.
hello, cuba awak senyum dalam gambar dgn automatic nya anda sendiri akan senyum bila menatap wajahnya.
seriously.

Nak Paksa-Paksa Orang Pulak

Monday, January 16, 2012 | 0 Comments

"Woi apsal kau masuk bilik nih...kau nak rogol aku ke?!!!..."

"gilerr aku nak rogol kau...aku nak amik baju lahhh!!!!..."   
  Lestary TV3: Vanila  Coklat






kehkehkeh...boleh gelak guling-guling tengok citer Vanila Coklat nih...lagi-lagilah tengok si Izara Aishah yang comey lagi garang tuh..
Itu lah padahnya kalau  kawen tak ada perasaan...kena paksa pulak tuh...hambek ko!..

Yang kat atas tuh kena paksa kahwin....sebenarnya banyak lagi benda-benda lain dalam kehidupan ni yang kita terpaksa buat...dengan lain perkataan tu kita kena buat sesuatu tanpa kerelaaan...

Tak semua benda yang kita nak...kita idamkan...kita impikan...kita sayang...kita akan dapat...
dan biasanya sesuatu yang kita impikan...yang kita sayang itulah yang akan pergi dari hidup kita..

Sebaliknya sesuatu yang kita tak suka...yang kita tak harapkan langsung pun...itulah yang akan datang kepada kita...yang akan kita dapat...



nak tak nak kita  kena terima...kena redha bukan pasrah..
redha itu ikhlas...pasrah itu menyerah...pehh pinjam ayat Lisa Surihani dalam Ombak Rindu kejap!




Tetap bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya ..
Yakin dengan apa yang telah ditetapkan untuk kita...sebab kita tak tahu rahsia yang tersembunyi di sebaliknya.. hanya Allah sahaja yang lebih Maha Mengetahui di setiap sesuatu kejadian itu.

Jadi kita jalani hidup ini seadanya....dengan tenang dan hepi...yey!..^_^

Perempuan Biasa

Sunday, January 15, 2012 | 0 Comments

aku Liza. aku kuat. kau kuat mcm aku? TAK.
sebab nama kau bukan Lyezha.
Liza maksudnya kuat & berani.

hari hari rasa nak busy kan diri.
biar lupa semua nya.
biar ingatan ni terus hilang.
biar amnesia. biar masuk hospital sakit jiwa.
hospital bahagia tanjung durian pun okay.

dan lagi, bila keadaan diri semakin lama semakin parah dek kerana remukan hati aku dalam keadaan tak tentu arah.

ambil yang keruh buang yang jernih. (boleh ke camtu?) LOL
ingatan semakin liar. hati semakin membara.
ini bukan upacara sukaneka semangat membara.

hari ini ingat nak pakai baju hitam
akibat perkabungan.
berkabung sebab hati dah patah. patah tak boleh sambung.
mungkin..
satu hari nanti.

sumpah aku katakan, ayat ayat aku dekat blog ni macam bodoh. haha 

dah lah diam.
pening lah nk fikir macam macam.
jaga hati yang itu, jaga hati yang ini.
boleh tak nak terjun menara condong? 

kalau mcm ni lah hari hari, boleh tinggal rangka badan aku ni.
makin hari makin turun berat badan. dah nak jadi apa ni kurus sangat nak peluk pun tak empuk. kbai. haha. 
#haha..makinkuruskeakunimotipjerlebeykanakuni*

aku taknak jadi lembik. sorry, aku kuat. ni nampak tangan ketak ketak ada muscle?
badan six pack katang lagi.
tak perlu lah kot nak menangis lepastu uwek uwek pelempang sekali baru tahu.

jangan banyak cakap.
aku dah letih ni. serious letih. 


aku tak pernah nak envy atau jealous dengan perempuan yang pernah close and bajet bajet sweet scandal dgn bekaspacar aku.
sebab dia lawa ke anak Dato sekalipun i dont give you tahi k.
sebab kau rasa tak ada apa nak di bangga kan dengan kalian.
sebab aku tahu aku jauh lebih hebat. ya, hebat.
sebabnya, nama aku Liza. yayaya, Liza isteri kepada Farzuan Ramly

.ada sesuatu yang aku nak cakap kan.
dan ini dia.
memang senang kita nak sarung tudung atas kepala. tk perlu shawl belit belit pun tak apa, sarung je tudung indon yang ada pengeras tu dah di kira tutup kepala kan?
tapi, ada sesiapa terfikir tak?
susah lagi untuk kekal bertudung. 
aku tengok sekarang, makin menjadi jadi manusia ni.
kejap pakai, kejap bukak. dah macam murtad. yelah, zaman pakai tudung dah beransur pergi kan.
lepas ni fashion apa pula yang tiba?
kau ni kejutan budaya ke apa?

bangga lagi aku dgn diri sendiri. dulu kalau boleh aku mcm nak bogel.
habis dedah sana sini. biar dulu jahanam jangan nanti kau jahanam dekat sana.

oh hello, nanti lelaki nak cari perempuan yang baik-baik je.
percaya tak?

12Jun2012 ni genap lah dua aku bertudung.
alhamdulillah :-)
yang nyata, bukan sekarang. itu yangg pasti.
yuhuuuuuu.
is anybody here? yes, i'm all here bebeh. come and get me.
mumumumuuu, lyezha..lyezha.... :p


hari ni, petang ni, malam ni, semua yang ini ini dan itu itu untuk kali ni adalah hari terakhir aku di sabar.Savar jer lah kan...


aku taktahu bila aku akan dapat online dan update blog.
maklum lah azam tahun baru nak kurang beronline facebook dan kalau bisa aku nak lenyap terus dari alam maya yang tahpape ni.
bagi aku, dah takde bagi benefit.
orang tatap kita, puji puji lepas tu maki maki, memang itu kerja manusia.
yelah, manusia kan mana lah pernah nak berhenti menyalak.
kalau anjing pun ada lagi rasa penat nak menyalak.

well, here we go..
malas nak bebel panjang panjang mcm mak joyah jadi arghhh jadi arghhh tetap booooringgg....






Berpesan-pesan, kalau ada kontroversi ke ape, buat statement yeah. Mak dah bagi statement, skang anak lak bagi statement. Meh meh sama-sama dengar pe yang dia nak bagitahu.

Reaksi Ibu Nur Amalina Che Bakri Berhubung Isu Gambar Anaknya

Berikut ialah reaksi Puan Sabariah:
Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu saya juga tentu tidak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya.

Saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama-sama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu saya sendiri yang beli.
Anak saya bukan seorang gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Kami berhubung hampir setiap malam. Saya juga sudah 13 kali ke sana sejak dia menuntut di UK.

Mengenai tuduhan anaknya dah buang tudung, ibunya menjawab. ” Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memeng bertudung ke sekolah”.

Amalina kini sedang menuntut dalam dua bidang sekali gus iaitu jurusan perubatan dan juga sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland.

Tuduhan anaknya mewarnakan rambut dan gemar bersosial pula di jawab dengan…”ia hanya fitnah yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya”

“pelajaran anak saya tidak terjejaspun, dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunaka oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalankan praktikal di Oxford bermula novenber depan.

Berita Amelina tersebut telah berjaya menyebabkan seramai 800 orang memohon untuk menjadi ‘Rakan’ dalam Facebooknya.

Ditanya apa reaksi Amalina terhadap isu gambar dirinya tersebut…”Dia hanya ketawa sahaja”

Rumusannya Amalina tak ada apa-apa. Semua gambar yang terdedah tersebut direstui ibunya. Pergaulan dengan rakan-rakan seperti yang dilihat dalam gambar tersebut ibunya sendiri yng rakam. Fesyen pakaian yang Amelina pakaipun ibunya sendiri yang belikan.

Kes tudung pula memang Ibunya sendiri tak kisah. Tudung hanya satu pakaian pergi sekolah sahaja dan bukan pakaian peribadi Amalina. Sebagai bukti bahawa Amalina masih berada di jalan yang lurus adalah dia masih lagi hebat dalam pelajarannya.


Dipetik dari :- Rindok.com

Orang Kata :
Tudung hanya satu pakaian pergi sekolah sahaja dan bukan pakaian peribadi Amalina. Sebagai bukti bahawa Amalina masih berada di jalan yang lurus adalah dia masih lagi hebat dalam pelajarannya...org yg berada d jalan yg lurus tdk boleh diukur dgn kehebatan dlm akademik semata2 mak cik oii..x semesto org yg berpelajaran tggi berada pd jalan yg lurus...klu mcm nilah cara mak cik berfikir, mcm mana plk dgn org yg tdk berpelajaran? adakah mereka berada d jalan yg bengkok? org yg berada d jalan yg lurus ni adalah org yg berada d jalan Allah, dan org yg berada d jalan Allah ni adalah org yg soleh&solehah yakni melakukan segala suruhan Allah..klu nk lbh detail lg ialah org yg menutup aurat..ank mak cik 2 tutup aurat ke?

Semalam kecoh kat facebook, hari ni kecoh kat surat khabar dan minggu lepas pon kecoh gak pasal pelajar Malaysia yang lost. Pesal jadi gitu yek? Ye sabagai ibu memang patut pon ibu Amalina ni mempertahankan dia. Ada orang kata " kat elok la weh duk siar gambar dia, dosa pe suma tu, abis tu surat khbar duk siarkan, korang suma tengok dan baca gak kan sambil tengok gamba dia. Nak kira subahat sekali ke tu?

YANG BETOL TU MENGUMPAT 
YANG TAK BETOL TU FITNAH
T_T amikaw T_T

Rakyat Malaysia ni banyak dan masing-masing ada pendapat la kan kalau tak, takkan ada pembangkang dan sebagainya. Hidup ada macam-macam kaler maler. Takkan nak plain je kot. Part yang salah tu sape yang amik gambar dia kat facebook tampal sana sini aku tak tahu la kan, dan part dia pon salah gak la, dari bertutup semua pastu pegi ke luar terbukak juga. Kat sini pon blogger lain duk cite pasal legging la tu la ni la kan. Aurat . Kalau tutup tapi bertelanjang pon tak guna gak kan? Baik telanjang terus.

Yang penting macam mana mata hati kita nak nilai semua ni. baik baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Pandai-pandai la bawak diri. Kalau dulu orang cakap, orang kampung pegi bando besau-besau kalau tak reti bawak diri boleh lost, culture shock. Tapi skang pegi bandar ke, obersiti ke, eh oversea ke kalau tak pandai jaga diri tak gitu la jadinya. Tu antara dia dengan tuhan je la.


Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar kata Ibu Amalina

JOHOR BAHRU – Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.
Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.

Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.

Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.
Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.
Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
“Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.

“Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.

Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.

via sinarharian
hello everybody.
kak kiah, mak jemah atau apa pun nama anda, hello kitty :-)

puas fikir, penat berjalan di tengah kota mencari idea.

entah idea apa aku pun tak tahu.

senang nya hidup kalau semua benda yang jadi ikut kemahuan kita.

pakai baju spender ke luar, pakai bra ke luar biar sexy padahal aku tengok geli.

beberapa hari lepas, seseorang hantar sesuatu di inbox facebook aku.
kedengaran dasyat bunyinya.



tak dapat bukak klinik gigi atau klinik kesihatan pun tak apa lah.
dapat bukak klinik masalah cinta pun jadi lah.
lepas ni kena charge sorang-sorang ni untuk khidmat komuniti ni.
rupiah ringgit, duit duit $$___$$


jawapannya bagi aku mudah. mudah.my. menjual pelbagai barang barangan. (hentikan mengarut ni mangkok)
utamanya, kalau kita nak jadi kuat, makan lah biskut kuat tiger dan minum lah anlene.
manusia ni, jangan di bagi muka. bagi hidung pun jangan.
mereka akan hargai orang yang sayangkn dia, bila kita dah mati.
untuk apa sayangkn manusia yang jenis macam ni? tapi, aku faham.
kalau dah sayang, lautan api sanggup di redah. swimming pun tak pandai ada hati nak redah lautan api. terbakar rentung kau tahu lah.
tapi memang ya, bila bercinta yang buruk itu lah tiba tiba boleh bertukar muka aaron aziz.
yang jahat tu lah boleh bertukar menjadi sealim alimnya.
bila break up, maki hamun caci maki semua jadi santapan harian.

sejujurnya, aku bukan lah jenis manusia yang pemaaf.
buktinya? aku banyak kali sgt kata aku dah maafkan tapi dalam hati aku sumpah seranah.
itu bukan lah pemaaf yang ikhlas.
aku bukan jenis pemaaf jauh lagi jenis pelupa.
yang senang melupakan sesuatu.
memang senang sangat mulut aku mencarut itu dah memang biasa.
itu makan dia.

kalau situasi ini yang terjadi, banyak kan bersabar. cuba terima dia semula walaupun susah melupakan.
anggap lah semua ni mainan tidur yang bila korang bangun dia dah pergi.
ingat semua saat saat manis masin yang korang dah went through together.
aku yakin, ini akan menghapuskan semua perasaan benci dalam hati korang.
biarpun untuk seketika cuma.


dulu aku sendiri yang cakap, argh nak pergi mati. dunia ni tak adil.

kejam kejam nak bunuh diri guna pisau cukur.

konon tak dapat itu ini merajuk nangis raung raung bawah bantal.

update yang bukan bukan di status facebook tentang realiti hidup yang sebenar.
lepas tu orang like juta juta. lepas tu sendiri malu. sebab dekat facebook limit friends sampai 5k je apa benda kau ni nyot smp juta like. muehehehe..

dan sekarang baru aku sedar. baru je tadi bangun tidur aku sedar.

hidup ni mudah.

kalau kau tahu untuk nikmati hidup ini. nikmati puas puas jangan lupa minum air coca cola. ada berani? hahaha

jangan lupa senyum di pagi hari biarpun bila kau lihat wajah kau, rambut kau seperti terkena sumpahan hantu kak limah.

yakinkan aku Tuhan dia bukan milikku, sedar tak yang itu tajuk lagu? hahaha gila stupid.

aku sanggup buat apa sahaja untuk keinginan diri aku.

aku bukan jenis yang serah pada takdir oh nonono, aku bukan lembik tahi kucing.

kalau korang semua pernah alami apa yang aku rasa tragedi november yang aku rasa ya, itu lah tragedi hitam kalah tragedi oktober.

jangan lah cepat menyerah. kalau dia tak sayangkn kau, mungkin orang lain yang jauh lebih tinggi, putih, baik dari dia akan datang kepada korang.

i through so many things in my life.

syukurlah, diri ini masih boleh bernafas, masih mampu berbbm. hahahaha tibe.


secara total to the max nya, sekarang aku dah boleh hembus hembus nafas dengan rakusnya sebab aku dah cukup berpuas hati dengan hidup aku, alhamdulillah :-)

sudah pasti manusia tak pernah puas. bukan nafsu tapi untuk kebaikan diri sendiri kita harus menjadi lebih baik dari semalam dan lebih hebat dari hari dan juga lebih cemerlang dari esok :-)

jadi kuat & hebat itu sangat penting.
baru lah hello kitty hardcore.

tapi, ada satu lagi yang tertinggal.
aku memang senang je bagi nasihat sampai berbuih mulut mcm kena sawan babi tapi tapi hakikatnya, aku dah cuba untuk jadi sekuat habis sekuat harimau tapi tak ada siapa yang mengerti akan hakikat hati aku yang sebenarnya.

ianya hambar sehambar hambarnya..

i may not be perfect for you but i can be something.
Allah had planned everything for us.
i will do anything for my man in my life.
because he is my future.

and i found this at google. aku rasa macam terharu.
mereka semua yang di nyatakan gojes-gojes belaka. perempuan tergojes dlm laman sesawang. and my name was here


p/s : si hijau lyezha& si kuning cwserious serasi bersama. serious comel. vokal bukan sekadar rupa k. hahaha jakun.

Follow by Email

About