Followers

Ogy Menyaman Johan Raja Lawak ?


Ogy Menyaman Johan Raja Lawak

Biar betul? Tapi itulah kenyataan apa yang tertulis di ruangan terbaru dalam artikel bertajuk"EKSKLUSIF: Ogy Bakal Menyaman Johan Raja Lawak, Minta Menteri Buat Sesuatu"  a.k.a "Ogy Menyaman Johan Raja Lawak ?"

Kes ini berkaitan tentang pengacaraan di antara Johan dengan Ogy tempoh lalu semasa berlangsungnya di Festival Filem Malaysia ke 24. Apa yang kita lihat dan dapat aku rasakan memang ada sedikit sindirin terhadap Ogy yang dilakukan oleh Johan Raja Lawak. Itu dah jadi trend budak masa kini, sindirian lawak jenaka bagi aku itu cuma gurau senda sahaja. Entahlah apa nak jadi kita ikut saja kisah mereka berdua macam mana.

Biar Betul Ogy Menyaman Johan Raja Lawak ?

Sebut pasal isu saman ni memang menakutkan! Kalau hari tu ada kes artis saman blogger gossip *ehem2 kerna mereka telah menfitnah artis itu kerana beliau dituduh ada melakunya curang, sedangkan beliau menafikan yang beliau tidak pernah lakukan sebegitu. Itu cuma omong kosong dan menjadi fitnah semata-mata. Untuk di pendekkan cerita artis itu ingin menyaman blogger tersebut gara-gara menabur fitnah.
Okay! blog hiburan tentang dunia artis ni kenalah berjaga-jaga. Kalau kena saman nayaa jee.. Macam kes Ainun Nazieb, dia kena saman dengan pihak Facebook gara-gara menciplak/meniru gaya tema versi Facebook dan dijadikan tema blog beliau dan untuk orang ramai.
Balik pada topik!
Pihak Rotikaya ada buat temubual sedikit dengan Ogy, adakah benar beliau mengambil tindakan dan membuka fail saman terhadap Johan Raja Lawak?
Apa yang dikatakan Ogy, beliau baru saja lepas berbincang dengan peguam peribadinya berkaitan niat untuk mengambil tindakkan terhadap Johan Raja Lawak kerana insiden yang berlaku di FFM24 baru-baru ini.

So, Apakah Punca Ogy Ingin Membuka Fail Saman?  (Ogy Menyaman Johan Raja Lawak ?)


Buat pertama kalinya mereka berdua digandingankan bersama. Kelakuan Johan Raja Lawak memang aku dah tahu bila beliau berada di atas pentas memang macam tu lawaknya, kekadang kelakuanya sedikit melampaui batas. Mungkin kerana bila sudah terbiasa dengan lawak cara sindirin sebegini kot? Yea tak? Maklumlah nak melawak bukan senang, kekadang melawak ni boleh bangkitkan emosi seseorang jadi gembira dan juga boleh buatkan hati orang lain sakit hati.
Aku tahu Ogy merupakan senior dan memang kita dah kenal dengan ketegasan beliau. So, jom kita tengok apa yang menyebabkan perkara ini terjadi

Aku Petik Ayat Di Bawah Daripada Rotikaya.com


Menurut Ogy, pasangan pengacara beliau itu banyak mengeluarkan kenyataan berunsur merendahkan diri beliau sebagai anak seni & artis yang lebih senior — dan semua itu tidak wujud dalam skrip asal.
“Biar saya beri satu contoh, dalam satu selingan di’atas pentas Johan ada menyebut merujuk kepada saya di’sebelah — ada bakat ke? — dan saya anggap perkataan Johan itu sebagai merendahkan kebolehan saya”. ujar Ogy.
“Tidak pernah sebelum ini pasangan pengacara saya merendahkan apa yang saya ada atau menjadikan saya sebagai bahan komedi — Salleh Yaacob yang merupakan bapa saudara Johan pun lebih professional”
Menurut Ogy lagi, Johan Raja Lawak juga beberapa kali merujuk beliau sebagai ‘orang tua’ dan mempersendakan fitrah beliau sebagai seorang manusia ciptaan Tuhan — yang Ogy anggap sebagai satu tindakan kurang bijak.
“Saya turut melihat trend di’kalangan artis baru yang seakan sudah hilang hormat kepada artis senior dan saya pasti kes saya bukan satu satu’nya. Saya mewakili mereka untuk memberi pengajaran,” jelas Ogy.
Ogy turut meminta Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang turut hadir pada malam FFM 24 itu berbuat sesuatu tentang isu ini kerana tidak mahu ianya menjadi satu virus dalam industri hiburan.

About