Followers

Selesai Satu Tugasan

Friday, September 30, 2011 | 0 Comments

Assalammualaikum readers semua.

Baru je selesaikan make up blog. Dulu ada jugak belajar pasal ni waktu ambil diploma, tapi sebab dah menjadi surirumah sepenuh masa ni, ilmu yang ada tu tak tahu nak curahkan kemana, Nampak gaya kena di aplikasikan pada blog jawabnye.

Itulah, pentingnya ilmu kalau ada untuk kita kongsi sama-sama. Kalau ilmu tu tidak dikongsi, alamatnya, bawak masuk dalam kubur pon tak berkembang. Mati kat situ je ilmu yang kita ada. Banyak blogger sekarang yang sudi hendak berkongsi tutorial dan sebagainya. Memang baik dan bagus untuk blogger baru macam kita ni.Ber"blogging" sebab nak mengisi masa yang terluang. Bukan nak mengejar populariti atau nak bagi orang kenal, tapi kalau boleh isi duit poket dengan blogging, sama yang tak hendak kan? Tapi jangan la sampai kita malukan orang lain atau kita mengata orang lain. Tu dah dikira salahguna.

Kalau mengumpat dengan mulut pon dah berdosa, apatah lagi kalau kita menulis dan memburukkan orang lain di blog kita. Dah bawak mulut satu Malaysia dan satu dunia. Insya allah, lyezha harap, lyezha blogging bukan ke arah yang macam tu. Kalau orang tak suka, minta maaf la yek. Rasanya banyak lagi blog lain yang boleh kita tengok. Jangan tengok yang korang tak suka ni. heheheh

Kat sini lyezha cuma nak kongsi apa yang boleh lyezha kongsi. Apa yang menarik lyezha buat, dan apa yang boleh lyezha cerita tentang serba sedikit pasal dunia keibubapaan. Kalau ada yang tersilap atau tak betul, jangan malu-malu, tegur. Kalau ada benda nak cerita juga, boleh luahkan kat komen. Kalau ada pertanyaan, insya allah lyezha akan jawab.

akhir kata, salam perkenalan kepada semua ahli blogger.

Follow by Email

About