Followers

Anak-anak di Hospital Sultanah Aminah

Wednesday, September 07, 2011 | 3 Comments

 Jasmine dan Amanda masuk hospital sebab muntah dan cirit birit. Kalau tak silap dalam 3-4 hari jugak kena tahan sebab kuman tu merebek. Tak tahu berpunca dari mana. Tapi saat kedua-duanya dalam wad memang merisaukan ayah dan ibu terutamanya sekali Amanda yang lebih lemah berbanding Jasmine. Doktor pon agak risau bila tengok kondisi Amanda yang teruk dan lemah.

 Jasmine bila tengok darah je macam nak pengsan. Hehehe tergelak jugak sebab sama macam ibu yang memang tak boleh tengok darah. Kalau tengok darah mula la nak pitam so anak-anak ibu pon sama la macam nak pitam. Kalau sakit je, mesti dua-dua nak kena sakit. Apapon ibu sayang dua-dua jugak. ok
 Ibu ingat kalau Jasmine dengan Amanda dalam wad, mesti tak buas lasak, alhamdulillah, si kakak je yang relaks tapi si adik memang buas atas katil, tak boleh duduk diam. Sama je macam duduk kat rumah, tapi waktu mula-mula Amanda masuk wad, ibu dengan ayah risau tengok keadaan Amanda, doktor pon risau sebab tengok mata Amanda ke dalam. Ayah cakap bila tengok mata Amanda, seolah-olah ayah macam pernah tengok mata arwah daddy dulu sewaktu saat-saat kematian arwah. Tu yang ayah dan ibu risau bila tengok Amanda. Doktor pengang tangan Amanda pon , Amanda tak larat nak angkat.
 2, 3 kali doktor tanya ayah pasal mata Amanda yang dah kedalam tu. Bagi ayah tu memang tahap kritikal la kalau sampai mata ke dalam. Seolah-olah ajal senang menunggu je. Ibu risau dan ibu selalu la doa supaya jangan la di amik nyawa anak ibu sorang ni yang walaupun nakal tapi ibu tetap sayang. Bila ibu tengok Amanda terlantar gitu, segala kenakalan Amanda tu ibu dah tak ingat dah. Ibu sentiasa harap Amanda sihat yek.
 Tapi alhamdulillah, dalam hari ketiga, ibu tengok Amanda dah ok. Bertungkus lumus ibu dengan nenek jaga Amanda dan Jasmine kat wad. Selalu tukar pampers semua bagi nak elak kuman tu ada lagi. Amanda dah boleh makan, dah boleh senyum dan gelak. Mesti hepi je bila tengok ayah pon ada jenguk-jenguk Amanda dan Jasmine kan? Hati ayah pon lega bila tengok Amanda boleh makan, Jasmine pon boleh makan.  Waktu ni kurus je Amanda. Tangan pulak buas suka sangat bukak jarum tu sampai nurse pon marah heheh... tapi marah gurau-gurau gitu la.
 Hari terakhir bila nak keluar dari wad, doktor pon akan cabut jarum yang terbenam kat tangan Amanda dengan Jasmine. Amanda ok je macam takde ape-ape bila doktor cabut jarum yang besar tu tapi Jasmine pulak, lepas je doktor cabut, tetiba ayah nampak ada darah keluar banyak dari tempat bekas cabut jarum tu, kemudian ayah tengok Jasmine nak pitam.. Terkejut ayah dan ibu. Rupanya Jasmine tak boleh tengok darah. Sama macam ayah dengan ibu juga hehhe

Yang penting lepas ni, kena selalu beringat kalau nak bagi makan kat anak-anak anda. Jangan ikut sedap hati je bagi. Kadang-kadang tu, perut budak belum boleh terima apa yang kita selalu makan. Persekitaran juga perlu la sentiasa bersih, selalu kena tengok apa yang budak-budak buat sebab budak-budak memang suka amik sesuatu yang dia jumpa dan terus masukkan ke dalam mulut. Itu yang kena berhati-hati jugak tu.

Jalan-jalan di Zoo Jb

Wednesday, September 07, 2011 | 0 Comments

Aktiviti di hari minggu bersama suami dan anak-anak. Sebelum ni puteri 2 orang ni tak pernah pon tengok binatang-binatang, sebab tu yang bawak derang pergi zoo, tengok binatang lain selain dari manusia. hehehe ilmu gak ni. Seronok derang tengok.














Sekarang mesti kakak dengan adik dah kenal semua binatang tu kan? Nanti ibu bawak kakak dengan adik pergi jalan-jalan lagi. Kusyuk sungguh si kakak melihat. Mesti dia fikir, binatang apakah itu

Raya Fever? Selesai

Wednesday, September 07, 2011 | 0 Comments


selamat hari raya semua yek. Pic raya da tapi tak sempat nak save dalam pc so terpaksa la letak pic kedua-dua tuan puteri kecil ni. Gamba ni di ambil semasa ada kenduri kawin. Keletah yang tak boleh nak duduk diam.










Si bongsu yang paling buas. Tak boleh nak duduk diam. Mesti dia akan pergi ke sana, kemari. 

About