Followers

Imbasan 3D untuk Bayi

Thursday, September 29, 2011 | 0 Comments

Dengan teknologi terkini yang makin bertambah maju, sudah terdapat imbasan 3D atau 4D untuk kita melihat keadaan janin seseorang wanita itu didalam kandungan. Lyezha tak pernah lagi dapat cuba teknologi ni. 
Imbasan 3D adalah gambar-gambar pegun bayi anda dalam tiga dimensi,seperti foto yang kita kadang-kadang lihat di akhbar dan majalah.Imbasan 4D (keadaan 4 dimensi) bergerak imej 3D bayi. Dengan imbasan 3D dan 4D, kita dapat lihat kulit bayi yang meliputi organ-organ dalaman. Kita dapat melihat bentuk mulut dan hidung bayi kita, lihat dia menguap atau melekat lidahnya, dan mendapat idea sama ada dia kelihatan lebih seperti ibu atau ayah.

Sesuatu teknologi itu akan pasti terdapat kelebihan dan kekuranganya juga. Salah satunya ialah kita dapat mengetahui sama ada kandungan kita itu normal atau abnormal. Gambar yang dipaparkan pulak tidaklah seperti kita tengok di televisyen tetapi hampir sama dengan apa yang kita tengok dengan teknik ultra sound, cuma bentuk badan itu sahaja yang dapat kita lihat dengan lebih terperinci.

Teknologi ini juga amat bagus untuk doktor melihat keadaan organ dalaman bayi seperti jantung, hati dan sebagainya. Andai terdapat masalah disitu, doktor akan terus dapat memberi diagnosis. Masa yang terbaik untuk melakukan scanning ini ialah pada minggu ke 26 atau minggu ke 30.

Bagi pasangan yang bakal mendapat cahaya mata yang pertama, lyezha sarankan cubalah teknologi baru ni. Mesti seronok kalau kita dapat melihat anak kita yang akan bakal lahir ke dunia ni. Pendapat kamu semua?

0 Ulasan:

Post a Comment

About