Followers


Reaksi Ibu Nur Amalina Che Bakri Berhubung Isu Gambar Anaknya

Berikut ialah reaksi Puan Sabariah:
Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu saya juga tentu tidak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya.

Saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama-sama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu saya sendiri yang beli.
Anak saya bukan seorang gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Kami berhubung hampir setiap malam. Saya juga sudah 13 kali ke sana sejak dia menuntut di UK.

Mengenai tuduhan anaknya dah buang tudung, ibunya menjawab. ” Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memeng bertudung ke sekolah”.

Amalina kini sedang menuntut dalam dua bidang sekali gus iaitu jurusan perubatan dan juga sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland.

Tuduhan anaknya mewarnakan rambut dan gemar bersosial pula di jawab dengan…”ia hanya fitnah yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya”

“pelajaran anak saya tidak terjejaspun, dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunaka oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalankan praktikal di Oxford bermula novenber depan.

Berita Amelina tersebut telah berjaya menyebabkan seramai 800 orang memohon untuk menjadi ‘Rakan’ dalam Facebooknya.

Ditanya apa reaksi Amalina terhadap isu gambar dirinya tersebut…”Dia hanya ketawa sahaja”

Rumusannya Amalina tak ada apa-apa. Semua gambar yang terdedah tersebut direstui ibunya. Pergaulan dengan rakan-rakan seperti yang dilihat dalam gambar tersebut ibunya sendiri yng rakam. Fesyen pakaian yang Amelina pakaipun ibunya sendiri yang belikan.

Kes tudung pula memang Ibunya sendiri tak kisah. Tudung hanya satu pakaian pergi sekolah sahaja dan bukan pakaian peribadi Amalina. Sebagai bukti bahawa Amalina masih berada di jalan yang lurus adalah dia masih lagi hebat dalam pelajarannya.


Dipetik dari :- Rindok.com

Orang Kata :
Tudung hanya satu pakaian pergi sekolah sahaja dan bukan pakaian peribadi Amalina. Sebagai bukti bahawa Amalina masih berada di jalan yang lurus adalah dia masih lagi hebat dalam pelajarannya...org yg berada d jalan yg lurus tdk boleh diukur dgn kehebatan dlm akademik semata2 mak cik oii..x semesto org yg berpelajaran tggi berada pd jalan yg lurus...klu mcm nilah cara mak cik berfikir, mcm mana plk dgn org yg tdk berpelajaran? adakah mereka berada d jalan yg bengkok? org yg berada d jalan yg lurus ni adalah org yg berada d jalan Allah, dan org yg berada d jalan Allah ni adalah org yg soleh&solehah yakni melakukan segala suruhan Allah..klu nk lbh detail lg ialah org yg menutup aurat..ank mak cik 2 tutup aurat ke?

Semalam kecoh kat facebook, hari ni kecoh kat surat khabar dan minggu lepas pon kecoh gak pasal pelajar Malaysia yang lost. Pesal jadi gitu yek? Ye sabagai ibu memang patut pon ibu Amalina ni mempertahankan dia. Ada orang kata " kat elok la weh duk siar gambar dia, dosa pe suma tu, abis tu surat khbar duk siarkan, korang suma tengok dan baca gak kan sambil tengok gamba dia. Nak kira subahat sekali ke tu?

YANG BETOL TU MENGUMPAT 
YANG TAK BETOL TU FITNAH
T_T amikaw T_T

Rakyat Malaysia ni banyak dan masing-masing ada pendapat la kan kalau tak, takkan ada pembangkang dan sebagainya. Hidup ada macam-macam kaler maler. Takkan nak plain je kot. Part yang salah tu sape yang amik gambar dia kat facebook tampal sana sini aku tak tahu la kan, dan part dia pon salah gak la, dari bertutup semua pastu pegi ke luar terbukak juga. Kat sini pon blogger lain duk cite pasal legging la tu la ni la kan. Aurat . Kalau tutup tapi bertelanjang pon tak guna gak kan? Baik telanjang terus.

Yang penting macam mana mata hati kita nak nilai semua ni. baik baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Pandai-pandai la bawak diri. Kalau dulu orang cakap, orang kampung pegi bando besau-besau kalau tak reti bawak diri boleh lost, culture shock. Tapi skang pegi bandar ke, obersiti ke, eh oversea ke kalau tak pandai jaga diri tak gitu la jadinya. Tu antara dia dengan tuhan je la.

About