Followers



Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar kata Ibu Amalina

JOHOR BAHRU – Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.
Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.

Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.

Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.
Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.
Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
“Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.

“Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.

Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.

via sinarharian
hello everybody.
kak kiah, mak jemah atau apa pun nama anda, hello kitty :-)

puas fikir, penat berjalan di tengah kota mencari idea.

entah idea apa aku pun tak tahu.

senang nya hidup kalau semua benda yang jadi ikut kemahuan kita.

pakai baju spender ke luar, pakai bra ke luar biar sexy padahal aku tengok geli.

beberapa hari lepas, seseorang hantar sesuatu di inbox facebook aku.
kedengaran dasyat bunyinya.



tak dapat bukak klinik gigi atau klinik kesihatan pun tak apa lah.
dapat bukak klinik masalah cinta pun jadi lah.
lepas ni kena charge sorang-sorang ni untuk khidmat komuniti ni.
rupiah ringgit, duit duit $$___$$


jawapannya bagi aku mudah. mudah.my. menjual pelbagai barang barangan. (hentikan mengarut ni mangkok)
utamanya, kalau kita nak jadi kuat, makan lah biskut kuat tiger dan minum lah anlene.
manusia ni, jangan di bagi muka. bagi hidung pun jangan.
mereka akan hargai orang yang sayangkn dia, bila kita dah mati.
untuk apa sayangkn manusia yang jenis macam ni? tapi, aku faham.
kalau dah sayang, lautan api sanggup di redah. swimming pun tak pandai ada hati nak redah lautan api. terbakar rentung kau tahu lah.
tapi memang ya, bila bercinta yang buruk itu lah tiba tiba boleh bertukar muka aaron aziz.
yang jahat tu lah boleh bertukar menjadi sealim alimnya.
bila break up, maki hamun caci maki semua jadi santapan harian.

sejujurnya, aku bukan lah jenis manusia yang pemaaf.
buktinya? aku banyak kali sgt kata aku dah maafkan tapi dalam hati aku sumpah seranah.
itu bukan lah pemaaf yang ikhlas.
aku bukan jenis pemaaf jauh lagi jenis pelupa.
yang senang melupakan sesuatu.
memang senang sangat mulut aku mencarut itu dah memang biasa.
itu makan dia.

kalau situasi ini yang terjadi, banyak kan bersabar. cuba terima dia semula walaupun susah melupakan.
anggap lah semua ni mainan tidur yang bila korang bangun dia dah pergi.
ingat semua saat saat manis masin yang korang dah went through together.
aku yakin, ini akan menghapuskan semua perasaan benci dalam hati korang.
biarpun untuk seketika cuma.


dulu aku sendiri yang cakap, argh nak pergi mati. dunia ni tak adil.

kejam kejam nak bunuh diri guna pisau cukur.

konon tak dapat itu ini merajuk nangis raung raung bawah bantal.

update yang bukan bukan di status facebook tentang realiti hidup yang sebenar.
lepas tu orang like juta juta. lepas tu sendiri malu. sebab dekat facebook limit friends sampai 5k je apa benda kau ni nyot smp juta like. muehehehe..

dan sekarang baru aku sedar. baru je tadi bangun tidur aku sedar.

hidup ni mudah.

kalau kau tahu untuk nikmati hidup ini. nikmati puas puas jangan lupa minum air coca cola. ada berani? hahaha

jangan lupa senyum di pagi hari biarpun bila kau lihat wajah kau, rambut kau seperti terkena sumpahan hantu kak limah.

yakinkan aku Tuhan dia bukan milikku, sedar tak yang itu tajuk lagu? hahaha gila stupid.

aku sanggup buat apa sahaja untuk keinginan diri aku.

aku bukan jenis yang serah pada takdir oh nonono, aku bukan lembik tahi kucing.

kalau korang semua pernah alami apa yang aku rasa tragedi november yang aku rasa ya, itu lah tragedi hitam kalah tragedi oktober.

jangan lah cepat menyerah. kalau dia tak sayangkn kau, mungkin orang lain yang jauh lebih tinggi, putih, baik dari dia akan datang kepada korang.

i through so many things in my life.

syukurlah, diri ini masih boleh bernafas, masih mampu berbbm. hahahaha tibe.


secara total to the max nya, sekarang aku dah boleh hembus hembus nafas dengan rakusnya sebab aku dah cukup berpuas hati dengan hidup aku, alhamdulillah :-)

sudah pasti manusia tak pernah puas. bukan nafsu tapi untuk kebaikan diri sendiri kita harus menjadi lebih baik dari semalam dan lebih hebat dari hari dan juga lebih cemerlang dari esok :-)

jadi kuat & hebat itu sangat penting.
baru lah hello kitty hardcore.

tapi, ada satu lagi yang tertinggal.
aku memang senang je bagi nasihat sampai berbuih mulut mcm kena sawan babi tapi tapi hakikatnya, aku dah cuba untuk jadi sekuat habis sekuat harimau tapi tak ada siapa yang mengerti akan hakikat hati aku yang sebenarnya.

ianya hambar sehambar hambarnya..

i may not be perfect for you but i can be something.
Allah had planned everything for us.
i will do anything for my man in my life.
because he is my future.

and i found this at google. aku rasa macam terharu.
mereka semua yang di nyatakan gojes-gojes belaka. perempuan tergojes dlm laman sesawang. and my name was here


p/s : si hijau lyezha& si kuning cwserious serasi bersama. serious comel. vokal bukan sekadar rupa k. hahaha jakun.

About