Followers

Ini Semua Tentang Hebat

Monday, December 26, 2011 | 0 Comments

hari ni aku ceria seceria mentari pagi yang arghhhh full moon.

rindu rinduan si ikan gelama jantan itu sememangnya pasti.
bakckground baru, lagu lagu baru di blog semua nya hebat sekali :)
aku suka diri aku sebab aku nampak lebih hebat jika aku jadi diri sendiri.



dah macam kena sawan ayam bila nampak background lawa lawa dekat shabby.
playlist music pun cool habis. lagu akan still berjalan even korang baca older post.
ini di katakan hebat hebat belaka :)

bila dah semua nya dah comel dan tidak tunggang langgang maka ayat ayat nya juga mesti lah dasyat.
biar semua baca tak bosan.
aku taknak jadi blogger yang tahpape.
kerja nak kutuk orang je. kalau boleh hari hari rasa mcm nak kritik orang lain.
ingat kita ni pengkritik maharajalawak ke?

aku pernah tertipu, di tipu, menipu dan segala yang nipu-nipu ni hanya untuk nampak hebat.
apa faedah nya? dapat masuk majalah mangga edisi limited edition ke?

orang cakap, tak semua apa yang kita nak kita boleh dapat dalam hidup.
bagi aku, no.
sebab?
usaha dan doa. kau yakin kau boleh, kau yakin kau tu hebat.
aku tak mudah nak giving up konon serah pada takdir.
takdir apa kalau kau pemalas?
takdir apa kalau kau memang tak work on it nak dapat apa yang kau nak.
no, tu semua tipu belaka.

ini kembar aku yg pompuan tu lah, dulu bukan main kurus sekarang berat kita lebih kurang je, minachi.
60 plus kg :-D

yakin dengan diri sendiri, yes aku boleh, aku nak itu, aku kena dapatkan dengan apa cara sekalipun.
dalam salatun salatin hidup aku, aku tak akan pernah menyerah.
untuk apa hidup kalau semua nya bergantung pada takdir?
"aku pasrah" konon nya.
"aku redha" boleh blah ah kau.

jadi manusia ni kena nampak hebat. bukan hebat sombong bodoh.
tapi hebat dengan sesuatu yang korang boleh tunjuk dekat orang lain.
bukan hebat bila gambar kau di fb dapat like ribu ribu.
bukan hebat sebab blog kau ada orang follow berjuta juta orang baca.
dan juga bukan hebat bila video kau di youtube orang share di laman sesawang yang bersawang ni.
hebat lah sebab kau ni memang hebat. hebat faham tak jenis hebat cane ni? tolong lah faham. haha

nak tahu apa yang hebat tentang manusia ni?
mereka hebat bersandiwara. hidup dalam lakonan.
dunia ibarat tempat pentas lakonan. kisah hidup kau ibarat drama di astro ria.
lakonan lebih hebat dari maya karin. kalah angelina jolie.
itu hakikat jadi manusia.
terkadang, depan manusia lain kita lah malaikat.
belakang manusia, kita lah iblis kita lah setan.
weh perempuan, aku tahu kita ni lembik. aku tahu kita ni lemah.
tapi, tu semua bukan halangan untuk kita jadi hebat dan dapatkan apa yang kita nak.

kalau lah aku ni ada kuasa yang paling power dalam dunia, aku nak semua yang aku dah senaraikan jadi kenyataan.
kau ingat sekolah je ke ada misi dengan misi yang ada dekat lencana sekolah korang tu?
hidup ni kena ada misi dan visi. hidup juga perlu semua tu

kalau korang rasa jadi budak sekolah rendah itu hebat, korang salah.

kalau korang rasa jadi senior form5 itu dah cukup macho, korang patut tanya pada cermin dan kalau cermin tu rasa rasa macam dia boleh jawab itu dah sudah cukup bagus.
kalau korang rasa jadi budak tingkatan 6 tu dah cukup matured, sila keluar dari dunia sekolah dan rasa apa yang 'kami' rasa.
sila kan menjadi pelajar U/college dan baru korang tahu langit tu tinggi KLCC atau rendah seperti rumah kos 
rendah.


ps : kalau kita dah cuba sedaya upaya tapi tak boleh juga, jangan salah kan ibu yang mengandung salahkan ayah yang tak boleh mengandung.
semua orang mampu jadi hebat, aku ulang semua orang.
dan oh ya, siapa nak badan kekal lansing dan melentik sila lah maingymnastic dan juga swimming.
ini benar ya.(memandangkn berat aku dah melampau batas memang aku perlu turunkn berat badan aku sbb dah ada yang tegur..booooo)



Current Issue

Tuesday, December 13, 2011 | 0 Comments

Salam.....



can i grab your attention, please?
today we're gonna talk about Tengku Sophia yang tengah hot dekat laman sesawang facebook, twitter and etc.

actually, aku tak kenal sangat minah ni hot sangat ke apa?
tiba tiba dia hot mendadak dadak dah kalau macam ni confirm status thousand likes.
hot dari sara joe ataupun ima sahaja atau sesiapa sahaja ke apa?
siapa dia ni? siapaaaaaaa?! hebat sangat ke mulut dia dari anwar hadi? no.
jangan sesekali pernah tergugat dengan kehotan minah ni.
kernanya, dia ni perempuan hina lebih hina dari zina.

tak percaya? now, take a look.



hai awak, mulut awak lawa. tapi hati awak kotor.




bai awak, neraka tempat nya.


now listen.
kita ni islam kan? kita marah dekat dia kan?
rasa macam nak makan minah ni hidup hidup.
rasa nak benam kepala dia dalam Pantai Lido je...
rasa nak jentik hidung dia.
rasa nak sepak terajang dia macam main futsal.

tapi, kalian dengar sini ya.
tak guna kita cakap itu ini, kita caci maki dia. tak guna.
dan sekali pun kalian berhabis habisan caci maki di ruang facebook, conteng nama dia dalam toilet sekolah kalian juga aku rasa itu semua tak perlu.

sebabnya apa?
sekarang kalian Islam.
Islam tak ajar kita panggil minah ni bitch ke, pelacur jual bodi dekat jalan chow kit atau ape saje pun.
kita hanya mampu pandang, dan yeah kita tahu dia salah.
berdosa besar.
perhitungan itu antara dia dan Allah.

kita juga manusia biasa.
kita tak ada kuasa power rangers yang ada kuasa api yang kalau boleh nak bakar rambut dia.
kita juga tak punya pedang samurai yang kalau lah boleh nak pancung kepala dia dan bikin gulai kuning.
no. we don't have any power to do like that.


kita manusia yang tak pernah lari dari kesilapan.
siapa pun dia, apa pun dia nak buat, itu masalah dia.
if you guys nak cakap,
"woi dia hina islam tu, nyott. kau boleh cakap mcm tu? mana otak kau?!"
back off. kalau kau Islam, kau boleh fikir.
Islam tak ajar kau update status caci maki perempuan ni pulak.
Islam tak ajar kau tuding jari pada dia.
kalau kau betul Islam, kalau iman kau kuat, kau boleh fikir.
tak perlu kutuk tak perlu hina macam kau sorang yang suci akhlak luar dan dalam.

you guys boleh cakap yang konon nya aku ni baik macam baby baru lahir yang 'uwek uwek, im inesen baby innesen'
sila cakap, dan pertikaikan.
memang sembahyang aku tunggang langgang lagi tapi aku masih waras.
aku tak main cakap cakap dlm facebook, kalau aku jumpa depan depan aku just nk kentut dekat muka dia sepuas hati aku je.

memang ya, kita semua geram. kita berhak rasa 'oh man this is really like tahi.'
kita juga boleh rasa macam 'oh tahi. kill that bitch come on kill that girl' and bla bla.
sebab yang di hina itu agama kita, Nabi tu utusan Allah.
ya aku tahu semua tu.

but please guys, tunjukkan kalian Islam yang betul betul Islam lah.
oh come on. jangan cepat melatah, jangan cepat terus nak maki.
kau ada otak kan? kau ada akal fikiran yang aku rasa masih mampu fikir mana baik&buruk.
gunakan dengan bagus, bukan guna otak untuk caci maki perempuan ni di facebook.

aku rasa, kalau aku turut caci maki dia, aku pun sama macam dia.
sama je aku macam dia ni yang entah ada otak atau tak.

dan lagi, aku baru dapat trace, ada orang yang buat akaun twitter kutuk dia pula.
hey guyssss, what for? apa profitnya kalau kau buat semua tuh?
kau buat macam serang balas perang dunia cyber ah weh.
bagi agama lain, Islam caci maki agama diorang sama je macam diorang caci maki agama kita juga.
agama Islam yang hebat sangat tu macam ni ke?
tak kan? jadi, jangan buat.

kita boleh pandang dan rasa sedih dengan muncul nya manusia seperti jelmaan lady gaga ni.
tapi, cuba fikir balik mana pergi rasa segan kita bila update yang bukan bukan pasal minah ni?

aku pun rasa macam nak tepek tahi kucing dekat dia, tapi kita kena sabar.
sabar tu kan separuh dengan iman.
apa pun jadi lepas ni, anda anda di luar sana di harap nya bersabar.
emo tu boleh, boleh sangat tapi jangan melampau.

faham kan adik-adik ibuk ibuk dan bapak bapak sekalian umat?
aku ni sekadar mengingat kan, bukan nak memerli jauh sekali nak menyindir.
ikhlas dari hati aku ni. terharu tak? :p



maafkan semua keterlanjuran yang aku dah buat dekat entry kali ni.
aku jenis, kalau aku tak suka aku cakap. aku tak reti jadi hipokrit semata mata untuk sesuatu yang merepek.
biar pedas, asal ikhlas.
jangan lembut tapi hipokrit.

till then, people!


ps : kadang kadang rasa macam penceramah bebas pun ada jugak.
kadang kadang rasa macam anwarhadi pun ada jugak :p
podahhhhhh, hidup pun tak terurus nak cerabih orang.

About