Followers

Santai di petang hari

Sunday, September 11, 2011 | 0 Comments

 Hari ni tak pergi mana pon duduk kat rumah je. Petang ajak hubby kuar g playground bawak anak-anak. Bagi derang main puas-puas nanti malam nak tido baru nyenyak sebab penat main. Kebetulan pulak tengok taman permainan tu becak sikit. Nasib baik tak banyak tempat yang basah.
 Sampai tadi orang tak ramai pon. Mungkin ramai orang suka duduk kat rumah tengok tv kot waktu macam ni. Ada la group orang main futsal sambil-sambil tu tangkap gamba anak-anak. Seronok betol tengok derang main. Yang si kakak ni senang je nak handle tapi si adik ni yang agak buas sebab dia akan buat ikut suka dia je. Kalau tak dapat, mesti memberontak. MMMmmm macam sape la tu eh hehehe
 Lepas abis main suma ni, tengok amanda pon dah mula nak main lopak air, terpaksa la ajak hubby balik. Nanti nak singgah kedai jap sebab nak beli Nasi Ayam untuk budak-budak makan jap lagi




Sayur Lodeh untuk santapan

Friday, September 09, 2011 | 0 Comments

 Hari ni takde aktiviti sangat kat umah. Lyezha plan dengan hubby nak masak Sayur Lodeh. Tetiba rasa macam nak makan sayur lodeh pulak. Pagi tadi pegi Pasal Perling cari bahan-bahan untuk masak. Tak banyak mana pon bahan-bahan sebab kat rumah tu dah ada so cari bahan-bahan yang takde je la. Masa ni dah siap dalam 20% dengan menumis bahan yang di kisar tu.
 Sayur-sayur yang dah potong tu, Lyezha rendam dulu bagi buang benda-bendar kotor. Ada orang cakap kalau rendam ke basuh sayur tu lama-lama, nanti protein atau zat pada sayur tu hilang. Betol ke? heheh
Ni pulak rendam cendawan. Lyezha masak ringkas-ringkas je sebab nanti nak bungkus dan bagi kat kakak yang sedang berpantang tu. Dia nak rasa so ingat boleh la pegi rumah dia kemudian hantar. Gamba yang dah siap masak tak tangkap lak. Alhamdulillah, jadi jugak masak Sayur Lodeh ni walaupun tak pandai mana pon. Terima kasih kat hubby sebab tolong masak jugak walaupun sakit demam heheh

About