Followers

Ini Semua Tentang Hebat

Monday, December 26, 2011 | 0 Comments

hari ni aku ceria seceria mentari pagi yang arghhhh full moon.

rindu rinduan si ikan gelama jantan itu sememangnya pasti.
bakckground baru, lagu lagu baru di blog semua nya hebat sekali :)
aku suka diri aku sebab aku nampak lebih hebat jika aku jadi diri sendiri.



dah macam kena sawan ayam bila nampak background lawa lawa dekat shabby.
playlist music pun cool habis. lagu akan still berjalan even korang baca older post.
ini di katakan hebat hebat belaka :)

bila dah semua nya dah comel dan tidak tunggang langgang maka ayat ayat nya juga mesti lah dasyat.
biar semua baca tak bosan.
aku taknak jadi blogger yang tahpape.
kerja nak kutuk orang je. kalau boleh hari hari rasa mcm nak kritik orang lain.
ingat kita ni pengkritik maharajalawak ke?

aku pernah tertipu, di tipu, menipu dan segala yang nipu-nipu ni hanya untuk nampak hebat.
apa faedah nya? dapat masuk majalah mangga edisi limited edition ke?

orang cakap, tak semua apa yang kita nak kita boleh dapat dalam hidup.
bagi aku, no.
sebab?
usaha dan doa. kau yakin kau boleh, kau yakin kau tu hebat.
aku tak mudah nak giving up konon serah pada takdir.
takdir apa kalau kau pemalas?
takdir apa kalau kau memang tak work on it nak dapat apa yang kau nak.
no, tu semua tipu belaka.

ini kembar aku yg pompuan tu lah, dulu bukan main kurus sekarang berat kita lebih kurang je, minachi.
60 plus kg :-D

yakin dengan diri sendiri, yes aku boleh, aku nak itu, aku kena dapatkan dengan apa cara sekalipun.
dalam salatun salatin hidup aku, aku tak akan pernah menyerah.
untuk apa hidup kalau semua nya bergantung pada takdir?
"aku pasrah" konon nya.
"aku redha" boleh blah ah kau.

jadi manusia ni kena nampak hebat. bukan hebat sombong bodoh.
tapi hebat dengan sesuatu yang korang boleh tunjuk dekat orang lain.
bukan hebat bila gambar kau di fb dapat like ribu ribu.
bukan hebat sebab blog kau ada orang follow berjuta juta orang baca.
dan juga bukan hebat bila video kau di youtube orang share di laman sesawang yang bersawang ni.
hebat lah sebab kau ni memang hebat. hebat faham tak jenis hebat cane ni? tolong lah faham. haha

nak tahu apa yang hebat tentang manusia ni?
mereka hebat bersandiwara. hidup dalam lakonan.
dunia ibarat tempat pentas lakonan. kisah hidup kau ibarat drama di astro ria.
lakonan lebih hebat dari maya karin. kalah angelina jolie.
itu hakikat jadi manusia.
terkadang, depan manusia lain kita lah malaikat.
belakang manusia, kita lah iblis kita lah setan.
weh perempuan, aku tahu kita ni lembik. aku tahu kita ni lemah.
tapi, tu semua bukan halangan untuk kita jadi hebat dan dapatkan apa yang kita nak.

kalau lah aku ni ada kuasa yang paling power dalam dunia, aku nak semua yang aku dah senaraikan jadi kenyataan.
kau ingat sekolah je ke ada misi dengan misi yang ada dekat lencana sekolah korang tu?
hidup ni kena ada misi dan visi. hidup juga perlu semua tu

kalau korang rasa jadi budak sekolah rendah itu hebat, korang salah.

kalau korang rasa jadi senior form5 itu dah cukup macho, korang patut tanya pada cermin dan kalau cermin tu rasa rasa macam dia boleh jawab itu dah sudah cukup bagus.
kalau korang rasa jadi budak tingkatan 6 tu dah cukup matured, sila keluar dari dunia sekolah dan rasa apa yang 'kami' rasa.
sila kan menjadi pelajar U/college dan baru korang tahu langit tu tinggi KLCC atau rendah seperti rumah kos 
rendah.


ps : kalau kita dah cuba sedaya upaya tapi tak boleh juga, jangan salah kan ibu yang mengandung salahkan ayah yang tak boleh mengandung.
semua orang mampu jadi hebat, aku ulang semua orang.
dan oh ya, siapa nak badan kekal lansing dan melentik sila lah maingymnastic dan juga swimming.
ini benar ya.(memandangkn berat aku dah melampau batas memang aku perlu turunkn berat badan aku sbb dah ada yang tegur..booooo)



Current Issue

Tuesday, December 13, 2011 | 0 Comments

Salam.....



can i grab your attention, please?
today we're gonna talk about Tengku Sophia yang tengah hot dekat laman sesawang facebook, twitter and etc.

actually, aku tak kenal sangat minah ni hot sangat ke apa?
tiba tiba dia hot mendadak dadak dah kalau macam ni confirm status thousand likes.
hot dari sara joe ataupun ima sahaja atau sesiapa sahaja ke apa?
siapa dia ni? siapaaaaaaa?! hebat sangat ke mulut dia dari anwar hadi? no.
jangan sesekali pernah tergugat dengan kehotan minah ni.
kernanya, dia ni perempuan hina lebih hina dari zina.

tak percaya? now, take a look.



hai awak, mulut awak lawa. tapi hati awak kotor.




bai awak, neraka tempat nya.


now listen.
kita ni islam kan? kita marah dekat dia kan?
rasa macam nak makan minah ni hidup hidup.
rasa nak benam kepala dia dalam Pantai Lido je...
rasa nak jentik hidung dia.
rasa nak sepak terajang dia macam main futsal.

tapi, kalian dengar sini ya.
tak guna kita cakap itu ini, kita caci maki dia. tak guna.
dan sekali pun kalian berhabis habisan caci maki di ruang facebook, conteng nama dia dalam toilet sekolah kalian juga aku rasa itu semua tak perlu.

sebabnya apa?
sekarang kalian Islam.
Islam tak ajar kita panggil minah ni bitch ke, pelacur jual bodi dekat jalan chow kit atau ape saje pun.
kita hanya mampu pandang, dan yeah kita tahu dia salah.
berdosa besar.
perhitungan itu antara dia dan Allah.

kita juga manusia biasa.
kita tak ada kuasa power rangers yang ada kuasa api yang kalau boleh nak bakar rambut dia.
kita juga tak punya pedang samurai yang kalau lah boleh nak pancung kepala dia dan bikin gulai kuning.
no. we don't have any power to do like that.


kita manusia yang tak pernah lari dari kesilapan.
siapa pun dia, apa pun dia nak buat, itu masalah dia.
if you guys nak cakap,
"woi dia hina islam tu, nyott. kau boleh cakap mcm tu? mana otak kau?!"
back off. kalau kau Islam, kau boleh fikir.
Islam tak ajar kau update status caci maki perempuan ni pulak.
Islam tak ajar kau tuding jari pada dia.
kalau kau betul Islam, kalau iman kau kuat, kau boleh fikir.
tak perlu kutuk tak perlu hina macam kau sorang yang suci akhlak luar dan dalam.

you guys boleh cakap yang konon nya aku ni baik macam baby baru lahir yang 'uwek uwek, im inesen baby innesen'
sila cakap, dan pertikaikan.
memang sembahyang aku tunggang langgang lagi tapi aku masih waras.
aku tak main cakap cakap dlm facebook, kalau aku jumpa depan depan aku just nk kentut dekat muka dia sepuas hati aku je.

memang ya, kita semua geram. kita berhak rasa 'oh man this is really like tahi.'
kita juga boleh rasa macam 'oh tahi. kill that bitch come on kill that girl' and bla bla.
sebab yang di hina itu agama kita, Nabi tu utusan Allah.
ya aku tahu semua tu.

but please guys, tunjukkan kalian Islam yang betul betul Islam lah.
oh come on. jangan cepat melatah, jangan cepat terus nak maki.
kau ada otak kan? kau ada akal fikiran yang aku rasa masih mampu fikir mana baik&buruk.
gunakan dengan bagus, bukan guna otak untuk caci maki perempuan ni di facebook.

aku rasa, kalau aku turut caci maki dia, aku pun sama macam dia.
sama je aku macam dia ni yang entah ada otak atau tak.

dan lagi, aku baru dapat trace, ada orang yang buat akaun twitter kutuk dia pula.
hey guyssss, what for? apa profitnya kalau kau buat semua tuh?
kau buat macam serang balas perang dunia cyber ah weh.
bagi agama lain, Islam caci maki agama diorang sama je macam diorang caci maki agama kita juga.
agama Islam yang hebat sangat tu macam ni ke?
tak kan? jadi, jangan buat.

kita boleh pandang dan rasa sedih dengan muncul nya manusia seperti jelmaan lady gaga ni.
tapi, cuba fikir balik mana pergi rasa segan kita bila update yang bukan bukan pasal minah ni?

aku pun rasa macam nak tepek tahi kucing dekat dia, tapi kita kena sabar.
sabar tu kan separuh dengan iman.
apa pun jadi lepas ni, anda anda di luar sana di harap nya bersabar.
emo tu boleh, boleh sangat tapi jangan melampau.

faham kan adik-adik ibuk ibuk dan bapak bapak sekalian umat?
aku ni sekadar mengingat kan, bukan nak memerli jauh sekali nak menyindir.
ikhlas dari hati aku ni. terharu tak? :p



maafkan semua keterlanjuran yang aku dah buat dekat entry kali ni.
aku jenis, kalau aku tak suka aku cakap. aku tak reti jadi hipokrit semata mata untuk sesuatu yang merepek.
biar pedas, asal ikhlas.
jangan lembut tapi hipokrit.

till then, people!


ps : kadang kadang rasa macam penceramah bebas pun ada jugak.
kadang kadang rasa macam anwarhadi pun ada jugak :p
podahhhhhh, hidup pun tak terurus nak cerabih orang.

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Saturday, December 10, 2011 | 0 Comments


Salam Reader,

Enjoy this song.....dedicate to all of you...

Ogy Menyaman Johan Raja Lawak ?


Ogy Menyaman Johan Raja Lawak

Biar betul? Tapi itulah kenyataan apa yang tertulis di ruangan terbaru dalam artikel bertajuk"EKSKLUSIF: Ogy Bakal Menyaman Johan Raja Lawak, Minta Menteri Buat Sesuatu"  a.k.a "Ogy Menyaman Johan Raja Lawak ?"

Kes ini berkaitan tentang pengacaraan di antara Johan dengan Ogy tempoh lalu semasa berlangsungnya di Festival Filem Malaysia ke 24. Apa yang kita lihat dan dapat aku rasakan memang ada sedikit sindirin terhadap Ogy yang dilakukan oleh Johan Raja Lawak. Itu dah jadi trend budak masa kini, sindirian lawak jenaka bagi aku itu cuma gurau senda sahaja. Entahlah apa nak jadi kita ikut saja kisah mereka berdua macam mana.

Biar Betul Ogy Menyaman Johan Raja Lawak ?

Sebut pasal isu saman ni memang menakutkan! Kalau hari tu ada kes artis saman blogger gossip *ehem2 kerna mereka telah menfitnah artis itu kerana beliau dituduh ada melakunya curang, sedangkan beliau menafikan yang beliau tidak pernah lakukan sebegitu. Itu cuma omong kosong dan menjadi fitnah semata-mata. Untuk di pendekkan cerita artis itu ingin menyaman blogger tersebut gara-gara menabur fitnah.
Okay! blog hiburan tentang dunia artis ni kenalah berjaga-jaga. Kalau kena saman nayaa jee.. Macam kes Ainun Nazieb, dia kena saman dengan pihak Facebook gara-gara menciplak/meniru gaya tema versi Facebook dan dijadikan tema blog beliau dan untuk orang ramai.
Balik pada topik!
Pihak Rotikaya ada buat temubual sedikit dengan Ogy, adakah benar beliau mengambil tindakan dan membuka fail saman terhadap Johan Raja Lawak?
Apa yang dikatakan Ogy, beliau baru saja lepas berbincang dengan peguam peribadinya berkaitan niat untuk mengambil tindakkan terhadap Johan Raja Lawak kerana insiden yang berlaku di FFM24 baru-baru ini.

So, Apakah Punca Ogy Ingin Membuka Fail Saman?  (Ogy Menyaman Johan Raja Lawak ?)


Buat pertama kalinya mereka berdua digandingankan bersama. Kelakuan Johan Raja Lawak memang aku dah tahu bila beliau berada di atas pentas memang macam tu lawaknya, kekadang kelakuanya sedikit melampaui batas. Mungkin kerana bila sudah terbiasa dengan lawak cara sindirin sebegini kot? Yea tak? Maklumlah nak melawak bukan senang, kekadang melawak ni boleh bangkitkan emosi seseorang jadi gembira dan juga boleh buatkan hati orang lain sakit hati.
Aku tahu Ogy merupakan senior dan memang kita dah kenal dengan ketegasan beliau. So, jom kita tengok apa yang menyebabkan perkara ini terjadi

Aku Petik Ayat Di Bawah Daripada Rotikaya.com


Menurut Ogy, pasangan pengacara beliau itu banyak mengeluarkan kenyataan berunsur merendahkan diri beliau sebagai anak seni & artis yang lebih senior — dan semua itu tidak wujud dalam skrip asal.
“Biar saya beri satu contoh, dalam satu selingan di’atas pentas Johan ada menyebut merujuk kepada saya di’sebelah — ada bakat ke? — dan saya anggap perkataan Johan itu sebagai merendahkan kebolehan saya”. ujar Ogy.
“Tidak pernah sebelum ini pasangan pengacara saya merendahkan apa yang saya ada atau menjadikan saya sebagai bahan komedi — Salleh Yaacob yang merupakan bapa saudara Johan pun lebih professional”
Menurut Ogy lagi, Johan Raja Lawak juga beberapa kali merujuk beliau sebagai ‘orang tua’ dan mempersendakan fitrah beliau sebagai seorang manusia ciptaan Tuhan — yang Ogy anggap sebagai satu tindakan kurang bijak.
“Saya turut melihat trend di’kalangan artis baru yang seakan sudah hilang hormat kepada artis senior dan saya pasti kes saya bukan satu satu’nya. Saya mewakili mereka untuk memberi pengajaran,” jelas Ogy.
Ogy turut meminta Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang turut hadir pada malam FFM 24 itu berbuat sesuatu tentang isu ini kerana tidak mahu ianya menjadi satu virus dalam industri hiburan.



Dua-dua ayat/persoalan di atas boleh membawa harapan yang tinggi kepada seseorang (lelaki/perempuan) jika pasangannya berkata "YA".

Mula lah mencipta harapan. Walaupun harapan itu tak boleh menjanjikan apa-apa, namun kita nak jugak wujudkan sebuah harapan. Sebab harapan itu suatu perasaan yg indah. Contohnya, "Saya berharap hubungan kita akan kekal selamanya".

Seterusnya, kita akan mula lakar impian. Impian dan harapan itu lain. Impian adalah suatu cita-cita kita yg sangat murni dan suci. Impian adalah perkara yg ingin kita kejar dan dapatkannya. Contohnya, "Saya akan mengahwini awak dan kita akan bahagia".

Tapi .... SAYANG dengan CINTA itu tak sama rupanya. :(

SAYANG tak bermaksud CINTA. Dalam CINTA mesti ada SAYANG. Tapi dalam SAYANG tak semestinya ada CINTA.

Apa itu SAYANG ? SAYANG boleh membawa banyak maksud seperti SAYANG kepada rakan, SAYANG kepada adik beradik, SAYANG kepada guru dll.

Apa itu CINTA ? CINTA itu sesuatu yg halus dan terlalu mendalam utk mentafsirnya. Sebab itu, setiap individu mempunyai maksud yg tersendiri tentang CINTA. Sebaliknya, perkataan "SAYANG", ramai orang boleh jelaskan maknanya.

Sekali Ku Teringat

Monday, December 05, 2011 | 0 Comments

Salam reader.


This my first daughter name Nurlyanna Jasmine..Nice name kan..Hihi..memandang ni first cahaya kami suami isteri,nama ni di beri oleh suami aku...Lahir pada 22/10/2008..So skang ni umur anak aku ni dah masuk 3 tahun lah...

Pengalaman mengandung kan dia,syukur al-hamdullilah,memang aku tak banyak ragam and cerewet,bab2 ngidam ni tak de sgt..Tapi bila dah bersalin first baby memang kekok..hahaha...bergilir2 menjaga dia ni,memang tak tido mlm lah aku,bab nak mandykan,tukar pampers,adus...memang lah tak geti semua di uruskan oleh En.Hubs....N now she grow up so fast,she my little pimpom,my angle,my princess...

Jasmine



Ok,this my second baby Nur Aleeya Amanda born 1/11/09 hihi...Beza setahun jer dgn kakak dia,ok nama dia aku yang letak sebab dah yang pertama E.Hubs dah letak kan so bagi adil sikit..Nice tak nama ni? Nice kan..Mengandung kan dia ni pun tak banyak ragam memang senang cuma aku tak tido mlm..hihi,so apa lagi dah tak tido mlm,tgk tv je keja aku..

Yang ni lepas bersalin kan dia,memang senang gila nak jaga,senang sgt,tido susu,tido sus jerk keja dia...kira everything senang lah..Tapi now dia da almost 2 year n half,mak oii....Agak kelam kabot sikit lah sebab dia strong kids,hypers skit sebab ikot aku kot...By the way she is my cayunk,my busyuk,my angle,my love i love my both daughter....

Amanda

A baby is a little bit of heaven on earth







Hancur

Sunday, December 04, 2011 | 0 Comments

Salam...

Tajuk mcm suspen jerk kan...kuang..kuang...dari semalam kepala serabut sebab tangan ni dok godeh design blog aku ni sampai hancur di buatnya,so sesiapa yg view blog aku n tengok page aku buruk,kutuk lah sbb aku pon kutuk gak...

Aku terpaksa tunggu sifu aku aka En.Hubs balik n pomem kan layout aku...so,tunggu kemunculan layout baru.Hari ni tak der idea nak merapu sgt,sebab busy mengemas pe yang patut..Jap2 lagi kalau idea merapu aku terkeluar kat kepala otak aku ni akan aku update ok.

REMAJA PEREMPUAN & GADIS MELAYU

Friday, December 02, 2011 | 0 Comments

Baik lah. Hari ni no joke and no alkohol. No drugs yg boleh melalaikan. No jalan and no roads. Tolong jauh kan kanak kanak yg baru lahir sehingga 17 tahun kerana entry ini hanya untuk budak yg dah habis sekolah. Degil eh? Nak baca jugak? Budak budak mana boleh online sampai larut malam. Tutup mata dua dua belah dan mengadap skrin PC.
I say NO. Okay dah diam.

Perempuan. 
Istilah ni ada mcm mcm bentuk. Bentuk tiga segi dan juga bentuk tak bersegi. Kenapa perlu segi di belakang? Hihihi, saja.
Betina.
Ni teruk. Dah jadi kes sawan babi. Ada beberapa ciri betina dalam kamus hidup aku. Nanti aku terangkan satu per tiga. Kuang kuang kuang.
Gadis.
Ini yg lelaki nk kahwin. Ini yg lelaki nak. Sorry bitch, aku rasa korang dah boleh stop bitching sbb dunia dah nak kiamat. Seriously.

Laki bukan nak bawak bini perempuan yang macam ..

  • Pakai baju ketat ketat sampai nampak perut buncit mcm perempuan mengandung sebelas bulan.
  • Tindik hidung belah kanan atau kiri. Konon dah remaja sgt, meh tindik pipit, nak tgk remaja ke tak.
  • Dress up seksi seksi sampai sikit lagi nak bogel. Hari tu aku duduk Perling Mall, nampak semua perempuan pakai tudung, ramai gila. Tak mcm budak budak KL ni, over lah dressing! JIJIK.
  • Lari rumah. Marah merajuk sikit nak lari rumah ikot boipren. Ape lu igt jantan tu nak bagi makan sampai mati? Bewwrakk lah hai.
  • Ponteng sekolah, ponteng tuition konon nak dating. Setakat pergi dating curik curik buat apa. Lps tu, dah lah time dating bukan boipren payung, ni tak, perempuan payung jantan. Terbalik mcm haram.
  • Tipu mak ayah semata mata sbb boipren. Boipren tu jutawan sgt ke wey? Bak kata MR.FELTON (ARWAH BAPAK AKU) "makan lah itu cinta."
  • Keluar malam curik curik pukul 1, 2 pagi nak pergi clubbing dgn boipren. Clubbing dekat rumah dgn adik adik sudah. Bukak ytube, play lah lagu Inul tu haa, GELEKKK!
  • Depan mak bapak baik belakang mak bapak mcm cikaro dekat jalan chow kit. Satu je aku boleh ckp, berdosa besar. Astaga.
  • Hotstuff. Tanya lah mana mana lelaki pun kalau dia nak buat bini dia nak perempuan mcm mana? Adakah yg berpurdah mcm Waheeda? Atau yg seperti Lady gaga rambut kaler kaler?
  • Biadap. Kot sekali biadap dgn mak bapak, tgk time punya anak dan dah kahwin. Nk tgk mcm mana dierg tripple biadap dgn diri sendiri.
  • Menggedik, menggelintat, menganjing, mengada. You guys annoying! ptff -____-"
Ciri ciri betina ..

  1. Buat everything yg membolehkan diri nya di lihat tatapan umum. Ini kes perasan lah ni. Pakai baju lip lap lip lap beli kat pasar malam Taman Perling lps tu amek gmbr masuk dlm FB. And suruh org komen romen. *amboi , sejak bila taman aku wujudnya pasar malam jual baju? Hihi
  2. Tiba tiba jadi gedik bila nampak lelaki. Berapa kali kau pernah makan kasut? Bgtahu sikit. Dlm hati lelaki tu duk menyampah hang mana tauu.
  3. Ikot gaya bitch. Tahu tak bitch tu apa? Pergi google sekarang.
Cukup lah tu sebab aku takut ada yg terasa. Cuba tgk, sikit pun aku tak tulis word "KAU" sbb aku bukan cerita pasal ENGKAU. Aku saja perhati kan rata rata Perempuan Islam, Betina Islam dan Gadis Melayu (cehh da la Mawi tak masuk AJL, aku sibuk2 dok promote Mawi, ee pelisshh lah okay!)
Lantak engkau nak terasa tp SUMPAH ini bukan berkenaan dengan sapa sapa.

Manusia akan tetap berubah mengikut masa. Manusia berubah menjadi lebih baik untuk hari yg mendatang. Yg jelas, aku berubah demi kebaikan semua. Tolong doa kan dan percaya kan aku. Aku mohon, bantulah aku. Jgn di hina dan mencurigai setiap tindak tanduk manusia yg ingin berubah ke arah kebaikan.


PEREMPUAN YG BAIK AKAN DAPAT BERSAMA DGN LELAKI YG BAIK, percayalah!

Sempurna ke..

Friday, December 02, 2011 | 0 Comments

Aku belum pernah jumpa orang yang betul betul sempurna.

Punyai segalanya.

  • Baik,
  • Cantik,
  • Jaga maruah & aurat, 
  • Pandai, 
  • Perwatakan yang menarik biarpun pelik, 
  • Boyfriend yang setia, 
  • Keluarga yang sempurna dari semua segi, 
  • Kawan kawan yang rapat.

Pokonya serba serbi lengkapnya.

Belum pernah aku jumpa. Aku ulang. Belum pernah.

Kalau ada pun yang dalam kategori lawa.
Lawa pun tak guna kalau selalu sakit hati. Boyfriend asyik lari, curang sana sini.

Boyfriend ada pun kalau otak tu bodoh pun tak guna jugak.
Yelah kan asyik bercinta, sampai pelajaran pun entah ke mana mana.

Yang pandai pulak keluarga pulak tunggang-langgang.
Kan bagus hidup dalam keadaan tenteram, family kaya raya beli lah apa pun.

Yang kaya raya, muka pulak so-so.
Muka tak laku, perangai pun hodoh.

Ada rupa, maruah pulak tak reti nak jaga. Bercium-cium ingat ni US ke?
Kawan kawan ada, perangai pulak tak senonoh.


Jujurnya, aku nak jadi sempurna. Walaupun aku tahu, tiada siapa yang sempurna.
Cukup sekadar apa yang ada.



Aku bangga jadi seseorang bernama Yaslizah Felton keadaan sederhana, aku tetap syukur.
Syukur dengan apa yang aku dah ada.




Menjaga Hati

Friday, December 02, 2011 | 0 Comments



Pagi2 buta pukul 1.20 a.m. nih tibe2 teringin nak menulis something.
main tulis je nih..

"terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"


perasaan manusia ni macam2..semua orang berbeza-beza caranya..
please treasure your friend's heart.
kalau ade isu sensitif tuh.. jangan disebut depan si tuan punya badan..
walaupun tuan punya badan tuh nampak mcm biasa-biasa jek, xde perasaan, cool, nmpk relaks.. tp pecayalah..dia juga ade perasaan..

macam mane nak tahu perasaan orang itu?
k lah.. ambil contoh rakan taulan kite-kite pon dah cukup..
sepanjang anda berkawan.. takkan xde satu hapak pon yang kita xfaham tntg diri kawan kite tuh kan..?

mungkin dia xsuke kite sebut pasal family dia.. sebab..
"ouh.. rupa2nya dia ade masalah family yang sgt luar biasa, berbeza dgn keluarga aku"

mungkin dia xsuke kita membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain.. kerana dia sudah cube menjadi yang terbaik utk kebaikan sume orang.

apabila kita sudah tahu sedikit-sebanyak tentang diri kawan kita tuh.. cubelah faham keadaan dia. janganlah buat sesuatu benda yang melulu yang sampai akhirnya dengan secara tak sedar rupa-rupanya kita telah melukakan hatinya..hanya dek kerana kata2nya mahupun sikapnya itu.
*biasanya ini terjadi di kalangan kaum hawa..
kaum adam mereka lebih bersifat Open~ ngeh


Memahami untuk Difahami.
selamilah diri manusia itu sebelum anda berangan-angan bahawa mereka akan memahamimu kelak.
Bagi aku ada sikit gambar lawak, ada jugak yang tak lawak pun, yang fact punya. Saja post, kot boleh kasi senyum korang! Keep smiling, even how hard life would be for you ok! semua sumber adalah daripada internet. How to search these pictures? type je 'lawak banjir'


try to make excuse for not attending meeting (kot) or maybe bergayut dengan girlfriend/bini muda ke? tapi masalahnye, berfungsi ke dalam air tu?


yang ni lagi best..kusyuk, penuh kosentrasi, gaya santai.. lepak yang paling best dalam rumah yang penuh air sambil tengok tv. selamat tak kena electric shock!


ada usaha lagi kereta yang dah tenggelam separuh badan tu nak berjalan, lampu pn still bernyala tu. Kereta berjiwa kental tu, even engine dah tenggelam still boleh je drive ye? aku tak tau nak kata orang kat dalam tu camne kawal stereng and gear kereta dia. kagum nih( geleng kepala)


gaya ni aku pernah buat masa kecik, best! Mak aku pernah basuh baju kat dalam air banjir, mak aku ambik tali ikat kat besen pastu tambat kat tiang rumah sambil dia basuh baju kat berenda yang pernuh air. Selamat time tu air tak masuk dalam rumah.


er makcik nak alih letak kat mana tu? semua kawasan dah tenggelam dalam air ni makcik. elok kalau pikul je kalau nak selamatkan dari banjir ni. hehehe


ni gambar tak boleh blah punya gaya. hahaha boleh pulak dia buat gaya surfing terbaik nih. orang ni ditarik dengan 4WD hilux. best je ye, takleh pergi hawai, kat dalam banjir pun poyo je main.


gaya cam dalam sarkas je dia ni. gaya terbaru naik basikal tu, selalu dalam sarkas orang naik basikal atas tali! dia ni pulak naik/kepit basikal sambil bergayut kat tali yang digantung atas air banjir yang laju. seram aku tengok air laju tuh. hewww


banyak pakcik ni dapat ikan ye? menjala dalam air banjir. Memang ada gaya! dan memang terbalik; bawak kereta dalam air menggantikan bot, pastu memancing atas darat yang ditenggelami air.


teruskan tebar jala ye....dapat ikan, balik nanti kita bakar pun sodap tu, cicah air asam musim banjir-banjir ni memang menyelerakan, kan..kan... musim hujan cepat rasa lapar.

Berdua Bersatu - Forteen

Thursday, December 01, 2011 | 0 Comments

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Chorus
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

As salam readers dan salam 1dunia...aku suka lagu ni...tu je :)Forteen - B[..]

About